APABILA CEMBURU SUDAH TIADA
http://ustaz. blogspot. com/2009/ 12/apabila- cemburu-sudah- tiada.html
Baru-baru ini saya dikejutkan oleh beberapa email yang bertanya kepada saya berkenaan hukum berzina dan meminta nasihat daripada saya berkenaan kecurangan isteri dengan rakan
sekerjanya.
Telah
banyak berlaku dan telah ramai yang tahu berkenaan hubungan lelaki dan
wanita secara bebas di mana-mana. Bukan sekali dua kita dengar isteri
atau suami yang melakukan kecurangan dengan rakan sekerja akibat
daripada pergaulan bebas.
Saya hairan sekali dengan budaya Malaysia.
“Kami tidak berbuat apa-apa�, itulah slogan utama menghalalkan hubungan lelaki dan wanita yang diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan jalan pernikahan.
Allah SWT
befirman:
“Dan
di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia
menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.�
(Ar-Rum: 21)
Dijadikan
oleh Allah SWT akan sunnah perkahwinan itu sebagai satu-satunya jalan
untuk membolehkan lelaki dan wanita saling bemesra dan berkasih-kasihan
serta bersenang hati dan bukan selainnya.
Hal ini jelas di sebutkan oleh Allah SWT:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.�
(Al-Isra’: 32)
Larangan
berzina bukanlah hanya pada perbuatannya tetapi termasuk seluruh jalan
yang boleh membawa ke arahnya. Namun malangnya syaitan itu menghiasi
jalan kejahatan dan mengaburi mata manusia sehingga perhubungan haram
itu menjadi senang dan memudahkan serta menyenangkan.
Kita
lihat hari ini lelaki dan wanita senang bersenda gurau dan mudah
bermesra walau tanpa melalui perkahwinan. Melalui pelbagai cara
sehinggalah di tempat kerja, di pusat pengajian, di medan-medan
perniagaan, di dalam kehidupan realiti dan juga di alam maya.
Suami
orang bersenda gurau dengan isteri orang atau dengan anak gadis tanpa
ada rasa malu atau segan sehingga kadang-kadang timbul persoalan iaitu
di manakah sifat cemburu mereka?
Sifat Cemburu adalah Wajib
dimiliki oleh orang yang beriman kerana lawan perasaan cemburu yang
disebut sebagai (ghirah) ini adalah dayus dan hukumnya ialah haram
serta berdosa besar.
Ini berdasarkan sabda nabi SAW yang bermaksud:
“Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka di hari
kiamat ialah penderhaka kepada ibu bapa,perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki yang dayus.�
(Hadis riwayat Ahmad)
Dalam hadis yang lain baginda Rasulullah ditanya tentang apakah erti dayus lalu dijawab oleh baginda nabi dengan bersabda:
“Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapakah yang berjumpa dengan ahlinya (iaitu isteri dan anak-anaknya) .�
(Riwayat At-Tibrani)
Malangnya
hari ini kita lihat kaum wanita bebas bertemu sesiapa sahaja lelaki
yang disukainya tanpa diketahui oleh ibubapa, suami, wali dan warisnya.
Hal ini disebabkan oleh perkembangan zaman moden yang sudah mengalih
alih manusia daripada ajaran Islam versi ahlul sunnah wal jamaah.
Ketika
saya di tanah arab, saya cukup mengkagumi sifat cemburu bangsa mereka
yang begitu besar. Di sana jangankan hendak bergurau senda dengan
isteri orang, hendak memandang pun akan akan mengundang ancaman dan
celaan.
Hal ini adalah perkara yang terpuji berdasarkan hadis Ubadah bin Somit r.a yang berkata:
“Jika
aku nampak ada lelaki bersama isteriku, nescaya akan aku pukulnya
dengan pedangku�, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad
tadi, lalu nabi memberi jawapan balas: “Adakah kamu kagum dengan
sifat cemburu yang dipunyai oleh Sa’ad?, Demi
Allah, aku lebih kuat cemburu berbandingnya, malah Allah lebih cemburu
daripadaku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap
perkara keji yang nyata dan tersembunyi.�
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Di
Malaysia hari ini, rakan-rakan isteri pun tidak kita kenali, ada pula
yang isterinya dihantar pulang ke rumah oleh teman lelaki. Begitulah
juga sebaliknya.
Di laman-laman forum maya, lelaki dan wanita
boleh bergurau senda tanpa batasan kerana ianya tidak kelihatan jadi
suami orang boleh sahaja berhubung dengan para gadis dan sebaliknya
isteri orang boleh pula bemesra dengan teman-teman chatting dan rakan
forum lelaki secara selamba dan biasa tanpa ada rasa bersalah.
Sekali lagi slogan yang membosankan akan digunakan iaitu: “Kami tidak berbuat apa-apa.�
Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya
Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu ialah apabila seseorang
hamba itu melakukan apa yang diharamkan oleh Allah.�
(Hadis Muttafaq ‘Alaihi)
Di dalam Kitab Tuhfatul Ahwazi
ada menyebutkan bahawa cemburu itu adalah bermaksud seorang lelaki itu
melindungi isterinya dan ahli keluarganya daripada ditemui dan dilihat
oleh lelaki bukan mahram.
Maka hendaklah kita mengembalikan umat
Islam kepada penghayatan Islam seperti yang dituntut oleh Allah SWT dan
rasulnya serta menjauhi takwilan-takwilan mereka yang jahil dan
dibesarkan di dalam suasana rosak sehingga menganggap pergaulan bebas
dan kerosakkan akhlak hari ini adalah sebagai lumrah yang biasa.
Ada
ramai orang sebegini yang merasa tidak bersalah dan tidak mengapa kaum
wanita itu bebas bercampur gaul mesra dengan kaum lelaki. Islam ini
agama yang memudahkan dan jangan mempersulitkan lalu hasil kerana
kejahilan dan takwilan salah mereka terhadap perkara syarak menyaksikan
kerosakkan demi kerosakkan yang dilakukan di atas nama Agama.
Berapa
ramai pendakwah yang hanyut di atas nama cinta? Berapa ramai ahli agama
yang tersangkut dengan isteri orang dan suami orang? Juga jangan dilupa
bahawa yang kerap kali menggunakan agama untuk kepentingan mereka ialah
juga golongan agama termasuk mereka yang bergelar professional agama.
Namun apa boleh buat, mereka tidak merasa bersalah.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya diantara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwwah yang pertama ialah:
“Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka.�
(hadis riwayat Bukhari no. 5769)
Sumber: http://ustaz. blogspot. com/2009/ 12/apabila- cemburu-sudah- tiada.html
No comments:
Post a Comment