Wednesday, September 16, 2009

Mengejar LLatuqadr: Bila agaknya kita akan mula.

Salam,

Mengejar LLqadr bukan satu yg mudah. Ianya memerlukan niat dan keazaman yang kuat. Ia memerlukan kekuatan diri yang unggul. Ia memerlukan doa yg solid agar Allah memberi kekuatan dan mempermudahkan untuk membuatnya. Bukan mudah untuk melepasi 3 rantai. Rantai pertama utk bangun, rantai kedua utk mengambil airsembahyang dan rantai ketiga utk berdiri sembahyang tahajud. Sesiapa yg bersama isteri/suaminya pada malam itu, kemungkinan besar akan lebih sukar kerana ada rantai mandi wajib yang perlu dilaksanakan. Itulah kelebihan org yg berittikaf kerana suasana keliling dan kurang keselesaan akan memudahkan beliau untuk memutuskan rantai2 tersebut.

Sebahagian dari kita akan mengejar LLQadr selepas menjangkau warga emas kerana dimasa itu kita mungkin telah sampai ke zaman bonus dan sudah ada penyakit susah tidor.

Sebahagian dari pula akan mula mengejar selepas umur pencen kerana padanya masa itu kita telah 'punya masa lebih'. Esok hari tidak kerja maka ia mungkin memudahkan utk berjaga malam.

Sebahagian lagi bermula apabila memasuki umur 50 kerana bagi mereka umur 50 adalah umur memasuki alam tua selepas separuh abad hidup.

Sebahagian mungkin bermula setelah memasuk 40an kerana 'life begin at 40'.

Kadang kadang ada yg bermula semasa umur 30an, mungkin kerana kesedaran yang datang awal.

Jarang jarang pula yg bermula pada umur 20an kerana umur 20an adalah umur muda dan jauh lagi perjalanan.

Dan ada yang bermula pada bila bila masa apabila mengetahui bahawa terdapat penyakit kronik dihadapi dan kematian sudah dijangka.

Apabila kita memulakan perjalanan mengejar LLqadr, kita akan mula sedar bahawa amal kita terlalu sedikit. Jika bermula jam 5pagi, ianya hanya 30minit. jika bermula 4pagi ianya hanya 90 minit. Yang kuat mungkin bermula jam 330pagi, maka ianya 120minit. Terlalu sedikit yg bermula jam 3pagi atau lebih awal.

Maka benarlah kita hanya akan masuk syurga kerana Rahmat Allah kerana amal kita terlalu sedikit dan daya kita utk beramal juga terlalu sedikit. Apabila di kontra dgn dosa maka amal kita bagaikan kosong dan mungkin negatif.

Dan kita mencari LLqadr dan menjalani kehidupan seharian sebelum kematian dgn harapan kita mendapat rahmat Allah yang kemudiannya dihadiahkan dengan syurga.




Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com

Buku Saya:
1. Rancang Hidup Rancang Wang Remaja RM15+pos Rm3
2. Satu Allah Tiga Aqidah RM17+pos rm3
3. Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
4. RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2

No comments: