Monday, September 7, 2009

Fatwa Syeikh Al-Qaradawi Mengenai Waktu Berbuka Puasa Bagi Mereka Yang Berada Di Udara

Fatwa Syeikh Al-Qaradawi Mengenai Waktu Berbuka Puasa Bagi Mereka       
Yang Berada Di Udara
  
 Written by admin
  
 Saturday, 29 August

2009
  
 As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ketua persatuan ulamak sedunia telah      
 mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka   
 puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.             
 Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika 
 jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu   
 bukan mengikut negara yang ia berada di

atasnya.
 Mengikut fatwanya, setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin     
 berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak   
 daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya

dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika
 hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender meraka.                
 
  
 As-Syeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau 
 daripada Kaherah ke Doha pada awal Ramadhan baru-baru ini
dengan
 pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan islam bahawa sekarang   
 telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih   
 terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada     
 negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.               
 
  
Fadhilatussyeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang  
 first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, tidak harus kamu   
 berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib masih 
 belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini? Jawab mereka,    
 tidak!! Maka aku menjawab balik, demikianlah juga berbuka puasa, tidak     
 boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya. 
  
                                  
 Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan bahawa manusia itu setiapkali   
 dia berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan lewat matahari itu      
 terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau    
 ditempat–tempat yang tinggi maka akan lewatlah terbenamnya matahari dari  
 penglihatan mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal              
 berhampirannya di tempat rendah atau tanah
berdatar.
 
  
Akhirnya, Al-Qaradawi telah meminta pesawat Qatar (yang berlaku kejadian   
 ini) dan juga pesawat-pesawat arab lain
 supaya memperingatkan pilot-pilot  
 supaya berhati-hati dengan perkara ini dan memastikan waktu berbuka
puasa
 betul-betul selepas terbenamnya matahari.
  
 rujukan :
 -
 http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7127&version=1 
 &template_id=197&parent_id=196

No comments: