Untuk menghapuskan semut 100%...susah, tapi nak kurangkan semut...boleh.
Petua taburkan cengkih atau kulit kayu manis dlm balang gula memang berkesan.
Semut memang suka tempat air bertakung sebab semut pun minum air. Untuk balang air cuma boleh letakkan atas pinggan besar berisi air. Bau dari daun "pudina" pun boleh menghalau semut.
Cuba lapkan meja, kaki meja, sinki dan segala meja2 kat dapur dengan Cuka beberapa kali dlm sehari. Bau kuat akan hilang 30 min tapi kesannya masih ada dan semut tak suka dan dgn cuka. Sambil lap....cuka juga membunuh kuman2.
Boleh juga taburkan baby powder atau buat bulatan gunakan chalk. Semut tak lintas atas serbukni sebab kedua2 bahan ni mengandungi "talc" sejenis chemical.
Petua diatas cuma menghalau semut bukannya membunuh.
Check keliling rumah or mungkin dalam rumah esp bawah2 pasu, tempat2 sempit, dalam store untuk tempat sarang semut. Hapuskan sarang semut. Jangan guna Ridsect coz mahal tak cukup satu can. Beli racun serangga kat hardware nama MAPA Malathion. Kena beli botol spray, cuma guna sukatan 2 penutup kecik dan campurkan air 1 litre. Murah dan jimat. Tapi semut tak mati instantly macam guna Ridsect...dlm 5 min baru semut mati. Cecair warna putih dan berbau kuat, tak sesuai untuk dalam rumah. Racun ni juga boleh digunakan untuk penyakit2 pada pokok2 bunga.
Boleh buat racun semut sendiri. Campurkan boric asid(Borax) beli kat hardware dan syrup manis. Letak bersebelahan laluan semut dan jangan merentas laluan semut..maksudnya menghalang semut. Jangan dibunuh semut sebab tujuannya supaya semut akan makan dan bawak balik racun manisan ni balik ke sarangnya. Semut ni bagi queen,askar2,anak2 dia makan, so..semua koloni semut akan mati. Manisan racun ni merosakkan sistem penghadaman semut.
Pencuci kaca (window cleaner) mengandungi ammonia dan dicampurkan dgn air sabun juga boleh digunakan utk membunuh semut.
Tumbuk lada hitam, cili padi, bawang putih dan campurkan sedikit air juga racun serangga bahan semulajadi yg selamat digunakan.
Mungkin rumah kita bersih tapi sarang semut asal dari rumah jiran. Tak dapek den nak nolong!!!
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment