Monday, September 14, 2009

AGUNGNYA KASIH SAYANG ALLAH


Kalimat Cinta itu banyak yang diungkapkan oleh pencipta kita melalui ayat-ayatNya juga melalui hadith rasulNya yang mulia. Didalam beberapa ayat al Quran Allah berpesan pada kita menyatakan akan diriNya…

…Sesungguhnya Allah itu – Ra uu fur Rahim - Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia (Al Baqarah : 143)..di ayat yang lain

-Pak Syed-

…Dia (Allah) telah menetapkan diriNya kasih -sayang (Al-Anam : 12)..juga di lain ayat

…Dia adalah Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman (Al-Ahzab: 33)..

Begitu juga Rasulullah saw menceritakan kepada kita akan Cinta Allah ini kepada kita dalam satu kisah …Pada suatu hari ketika Rasulullah saw bersama para sahabatnya, datanglah seorang tawanan. Bersama tawanan tersebut ada seorang wanita dalam kesedihan (teramat sangat) kerana mencari bayinya yang hilang. Dia terus dalam kedaan itu sehinggalah (dengan izin Allah) dia menemui bayinya. Lalu dipeluknya bayi itu , di ciumnya (sepuas-puasnya) lalu di susukan bayi itu..

Melihat telatah perempuan itu lalu Rasulullah saw menyatakan dalam sabdanya (sebagai Ibrah dan tarbiyah pada umatnya) dalam sabdanya kepada para sahabah yang berada disitu “Pada pendapat kamu adakah mungkin perempuan tersebut akan melemparkan bayi itu kedalam api ? Para sahabah menjawab “Tidak-Demi Allah” ..Maka Rasulullah menjawab terus “KASIH SAYANG ALLAH MELEBIHI KASIH SAYANG PEREMPUAN TERSEBUT PADA ANAKNYA”

( Hadith di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim )

Benar wahai saudaraku – Cinta Allah itu melebihi cinta Ibu dan bapa kita , melebihi cinta isteri, anak-anak dan kaum keluarga kita, Cinta semua makhluk yang mencintai kita.

Lantaran Cinta Allah itu – Allah SWT telah mengutuskan para malaikat dalam keadaan sentiasa mendoakan kita agar sentiasa didalam lembayung petunjukNya dan jalanNya sehinggalah dapat masuk shurga dengan selamat…Allah SWT menyatakan ini dalam surah Al Ahzab ..

“ Dialah yang memberiakan rahmat padamu dan malaikatNya (mendoakan ampunan bagimu) , supaya DIA mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman (Al-Ahzab:33)

Mungkin ada persoalan timbul, oleh itu lantaran cintanya Allah pada penciptaanNya, kenapa disana ada cubaan, ada musibah, ada ujian dan mehnah dalam kamar kehidupan?. Persoalan ini InsyAllah Pak Syed akan cuba kongsikan jawapannya dalam penulisan yang akan datang,

Cuma sedikit disini Pak Syed kongsikan bagaimana kasihnya Allah pada hamba-hambaNya sehinggakan jika ia ditimpa musibah kehilangan anak yang dikasihi, Allah swt akan berikan ganjaran yang sangat tinggi ..diceritakan oleh Abu Musa AL-Asyaari katanya bahawa Rasulullah saw bersabda “ Jika ada seorang anak manusia meninggal dunia, Allah berfirman kepada para malaikahnya “Kamu telah mengambil nyawa anak hambaKu?Para malaikat menjawab “ Ya benar “ Alah berfirman lagi “ Kamu telah mengambil buah hatiku?”Mereka menjawab “Ya benar”.Allah berfirman lagi “ Lalu apa yang diucapkan hambaKu(lantaran musibah itu).Mereka mengatakan “Memuji dan mengucakpan istirja (Ina lilahi wa ina ilai hi rojiun) . Maka Allah taala berfirman “ BANGUNKAN BAGI HAMBAKU TERSEBUT SEBUAH RUMAH DISHURGA DAN NAMAILAH DENGAN BAITUL HAMD (RUMAH PUJIAN) – Hadith Riwayat Tarmizi.

Adakah di Ramadhan ini kita akan mula mengukir Cinta kita padaNya? Adakah disana telah mula ayat-ayat Cinta itu kita bisik-bisikkan dimalam yang sunyi sepi dalam mencari Lailatul Qadar , adakah Cinta kita akan terus bertasbih dengan yang mencintai kita …diluar Ramadhan ketika SiShaitan laknatUllah mula mengambil posisi mengoda kita, adakah ketika itu kita kotori Cinta yang agung itu dengan kealpaan dari sentiasa mengingatiNya, membuat dosa dan kesalahan, hasad dengki dan kezaliman atas diri kita dan makhlukNya..

Yang sangat mengasihi PenciptaNya ..Muhammad saw sering mengukirkan kaliamt-kalimat cinta ini sebagai pentup bicara kita..”Ya Allah ya Tuhanku Sesungguhnya aku memohon KECINTAANMU dan kecintaan orang yang mencintaiMu, dan kecintaan amalan yang membawaku sampai kepada kecintaan Mu Ya Allah jadikanlah Kecintaan KepadaMu itu sesuatu yang sangat aku cintai melebihi akan diriku, keluargaku dan dari air sejuk (ketika sangat kehausan) – Hadith Riwayat Tarmzi.

Semuga cinta kita mula bertasbih padaNya

No comments: